BLUE LAGOON – PORT DICKSON

BLUE LAGOON – PORT DICKSON



Pantai Blue Lagoon merupakan pantai yang terletak didalam teluk kecil berhampiran dengan Cape Rachado, hanya 18 Kilometer dari Bandar Port Dickson. Blue Lagoon juga terletak 35 Kilometer dari Seremban dan 47 Kilometer dari KLIA.

Kenapa Blue Lagoon?

Air laut di sini cetek dan tenang kerana pantai ini dilindungi oleh teluk membuatkan tempat ini sesuai untuk kanak-kanak bermandi laut. Pantainya bersih, airnya jernih dan pengunjung tidak sesak seperti di Pantai Teluk Kemang.



Pinggiran Pantai di Blue Lagoon, Port Dickson. Sumber: Google


Disamping itu ia terletak berdekatan dengan Hutan Lipur Tanjung Tuan dan pelancong sering dapat melihat hidupan liar seperti tupai, monyet dan burung.




Hidupan Liar di Hutan Lipur tanjung Tuan, Port Dickson. Sumber: Google


Pada waktu malam pula boleh kelihatan lampu suluhan rumah api Cape Rachado merentas air laut di hadapan anda.



Rumah Api Tanjung Tuan, Port Dickson. Sumber: Google





Accommodation?

Banyak juga accommodation yang ada di sekitar Blue Lagoon seperti; food court, tandas/ shower kedai-kedai yang menjual baju, menjual pelampung dan sebagainya. Bayaran untuk masuk bilik air RM0.50 untuk buang air dan RM1.00 untuk mandi. Bagi pengunjung yang nak bersukan air juga terdapat di Blue Lagoon seperti banana boat, jet-ski, kayak dan lain-lain.



Banana Float. Sumber: Google



Jet-Ski. Sumber: Google


Hotel?

Di sini terdapat banyak juga tempat penginapan, memang best kalau bermalam di sini.





Lexis Hibiscus, Port Dickson.  
  • Lexis Hibiscus terletak 0.3 km dari Blue Lagoon




  
 Thistle. Port Dickson.
  • Thistle terletak 1.8 km dari Blue Lagoon









PNB Ilham Resort, Port Dickson.
  • PNB Ilham terletak Resort 1.8 km dari Blue Lagoon










Tanjung Biru Condominium, Port Dickson
  •      Tanjung Biru Condominium terletak 1.6 km dari Blue Lagoon







Lokasi: Batu 10, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson




No comments

Powered by Blogger.
Web Analytics