Coretan Editor
Tempat-Tempat Menarik Di Seremban 2
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEREMBAN 2
Kini Seremban
2 bukanlah satu tempat yang bosan lagi. Pelbagai tempat rekreasi telah dibuka
bagi membolehkan prnduduk kawasan sekitar dapat menghabiskan masa lapang dengan
berkualiti.
Antaranya:
DATARAN CENTRIO SEREMBAN 2
Tempat
tarikan terbaru di Seremban 2 yang terletaknya di hadapan emporium Mydin yang besar gedabak. Ditengahnya
terletak kawasan lapang untuk penduduk dan pengunjung beriadah dimalam hari
bersama keluarga dan boleh diklasifikasikan sebagai bonding time. Antara riadah yang ada seperti hooverboard, basikal, kasut
roda, dan lain2, sewanya juga cuma bermodalkan RM10 sahaja. Disekitarnya juga
dipenuhi kedai-kedai makan dan foodtruck
serta carbootsale setiap hujung
minggu.
Satu mercu
tanda Dataran Centrio ciptaan IJM Land.
Photo credit to Durianproperty.
Kemeriahan Dataran
Centrio dikala malam. Photo credit to
Google
Menjadi
tempat keluarga mahupun bujang menghabiskan masa dengan berkualiti
HILL PARK IJM LAND
Tempat ini
terletak di kawasan S2 Height yang
mana dibangunkan oleh IJM LAND. Tempat ini berkeluasan sebesar 30 ekar dengan
berketinggian 162 meter dari aras laut dan mempunyai pelbagai kemudahan
rekreasi dan riadah termasuk trek berjalan kaki dan jogging.
Tarikan
utama yang dijadikan oleh IJM LAND adalah sekumpulan dinasour yang mendiami
puncak Hill Park ini. Disitu juga disediakan banyak permainan bagi kanak kanak
seperti buaian, gelongsor, flying fox
dan lain-lain.
Disini juga
disediakan denai hutan bagi yang nak merasa pengalaman untuk menyelusuri hutan
belantara. Kawasan ini juga telah digazetkan sebagai kawasan bebas asap rokok.
Taman ini dibuka setiap hari dri
6.30 pagi hingga 9.00 malam.
Penanda
kawasan yang gah berdiri.
Sebilangan
Dinosour yang terdapat di situ
Sekeluarga Dinasour
Tempat
berehat setelah penat beriadah.
CITY PARK SEREMBAN 2
City Park
mempunyai ramai pengunjung di hari minggu. Hujung minggu penuh dengan kehadiran
kanak-kanak dan ibu bapa bermain layang-layang di situ. Ia menjadi tempat
riadah yang digemari kerana terdapat tasik buatan yang dipenuhi ikan seperti
tilapia merah, keli, kelisa, koi dan kura-kura. Disini juga anda
berpeluang memberi ikan-ikan ditasik buatan ini makan.
Sebuah
jambatan dibina merentasi tasik disamping empat buah mini jeti di
sekeliling tasik untuk memudahkan pengunjung memberi ikan makan. Anda
boleh membeli roti kering disepanjang jalan di kawasan City Park ini.
City Park ini berkeluasan 6 hektar dan
turut dilengkapi dengan gelanggang futsal, bola keranjang,
badminton, alat-alat senaman ringan dan taman permainan kanak-kanak.
Masjid pun ada.
Layout S2 City Park
Gazebo untuk pengunjung menikmati
pemandangan
No comments