Coretan Editor
Tempat makan menarik di Port Dickson
Tempat makan menarik di Port Dickson.
Port Dickson merupakan destinasi
yang tidak asing lagi di kalangan pelancong sama ada di dalam mahupun luar
negara. Jarak perjalanan yang cuma mengambil masa satu jam dari Kuala Lumpur
sering kali menjadi faktor utama warga kota memilih destinasi ini untuk lari
dari hiruk-pikuk bandar dan mengamati keindahan pantai yang ada di sini.
Pelbagai aktiviti dan tempat makan menarik yang menanti para pengunjung di sini
yang pastinya menjanjikan seribu satu kenangan buat sesiapa saja yang
berkunjung ke Port Dickson.
Sumber: Google
Untuk merasai keunikan makan ala-ala
Cowboy anda boleh mengunjungi Cowboy Place yang terletak di Jalan Pantai.
Sekiranya anda dari pekan Port Dickson menuju ke Teluk Kemang melalui jalan
pantai, restoran ini berada diselekoh tepi jalan. Mudah saja untuk ada mengenal
pasti restoran ini dek kerana poster Cowboy yang besar dan jelas terpasang di
pintu masuk restoran ini.
Sumber: Google
Sumber: Google
Timbunan ayam panggang yang
tersedia pastinya mengamit para pengunjung untuk mencuba hidangan di sini. Menu
yang disediakan hanya nasi kukus dan ayam panggang yang dihidang bersama sup
kosong, kicap dan, ulam timun manakala minuman yang disediakan pula air kosong,
jus tembikai, dan jus epal sebagai pilihan. Uniknya restoran ini menghidangkan
makanan dan minuman menggunakan pinggan dan cawan polisterin yang pastinya
mempercepatkan proses penyediaan makanan.
Sekiranya anda berkunjung ke Port
Dickson, anda boleh mencuba nasi kukus ayam panggang Cowboy Place yang
menjanjikan suasana yang unik dan dekorasi Cowboy yang lain dari yang lain yang
pastinya memberi pengalaman baru kepada anda.
Bagaimana nak ke restoran
ini? Waze je. Sekarang semua dah mudah.
Sumber: Google
Terletak di tepi
pantai serta suasana yang damai dek kerana tiupan angin laut merupakan satu
kelebihan buat restoran ini.
Sumber: Google
Pastikan DATANG AWAL. Cuba
elakkan waktu puncak 8 - 10 malam di khuatiri nanti terpaksa beratur panjang
untuk mendapatkan meja dan menunggu lama untuk makanan dihidang terutama sekali
pada musim cuti sekolah. Maklumlah, barang baik orang cari. Antara menu wajib
untuk dicuba adalah steamboat ,
tomyam seafood dan ikan bakar. Sama seperti restoran seafood yang lain, anda perlu memilih ikan dan makanan laut untuk
dimasak mengikut citarasa anda.
Hidangan steamboat
yang dipanaskan menggunakan arang kayu dan tomyam yang dihidang di dalam kelapa
memang sangat unik disamping aroma dan rasanya yang sedap.
Nah tengok antara menu yang
menarik di restoran ini yang pastinya membuat anda ngencess.
Sumber: Google
Nak bayar nanti kita share la
ramai-ramai. Mahal ke? Bagi saya harganya berpatutan. Makan kenyang hati pun
senang.
No comments