LPPSA
APAKAH LPPSA?
LPPSA bermaksud Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
iaitu satu lembaga yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu
penjawat awam untuk membeli rumah. Dengan LPPSA ini penjawat awam boleh membuat
pinjaman perumahan mengikut tangga gaji masing-masing dengan kadar faedah yang
rendah.
Bangunan LPPSA
Putrajaya
Pinjaman
Para peminjam layak untuk mendapat pinjaman LPPSA ini
sebanyak dua kali. Pinjaman pertama mestilah telah selesai sebelum membuat
permohonan untuk pinjaman kedua.
Syarat Pinjaman LPPSA
LPPSA telah menetapkan beberapa syarat bagi peminjam untuk
melayakkan mendapat pinjaman daripada LPPSA
1)
Peminjam mestilah warganegara Malaysia
2)
Peminjam mestilah penjawat awam atau badan
berkanun
3)
Peminjam telah sah jawatan dan masih berkhidmat
4)
Peminjam berpencen ataupun kwsp
Kelayakan Pinjaman LPPSA
Kelayakan pemohon ditentukan mengikut kiraan gaji pokok
ditambah dengan elaun tetap. Dibawah merupakan jadual kelayakan pemohon yang
disediakan oleh pihak LPPSA.
Jenis elaun tetap yang diambil kira :
1)
Imbuhan tetap perumahan (ITP)/Elaun perumahan
wilayah(EPW)
2)
Imbuhan tetap khidmat awam(ITKA)/Imbuhan teta
keraian(ITK)
3)
Imbuhan tetap jawatan utama/khas(ITJU)
4)
Elaun sara hidup/cola
5)
Elaun memangku
Gabungan Pinjaman
LPPSA juga meyediakan bagi peminjam untuk menggabung
kelayakan mereka bagi membolehkan mendapat kelayakan yang besar. Beberapa
syarat telah dibuat bagi gabungan pinjaman iaitu :
1)
Gabungan yang dibenarkan adalah antara :
a. Suami
dan isteri
b. Anak
dan ayah
c. Anak
dan ibu
2)
Kedua-duanya layak pinjaman LPPSA (penajwat awam
atau badan berkanun).
3)
Kedua-duanya tiada atau telah selesai membayar
pinjaman perumahan 1.
Langkah Memohon
Untuk Maklumat lanjut sila layari web: WWW.LPPSA.GOV.MY
No comments